Kasut Raya Badminton Master

Hari ini terasa panas membahang. Sudah lebih seminggu hujan tidak turun. Suhu mencecah 32 darjah Celcius.  

Tekak terasa perit. Badan menjadi lesu. Perut berkeroncong kerana lapar.

Aku kuatkan semangat untuk melangkah dan menjelajah TESCO dan GIANT demi memenuhi hasrat anak yang inginkan kasut raya dan hasrat isteri yang ingin membeli bahan membuat biskut. 

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menyempurnakan puasa tahun ini. 

Sebenarnya aku memang tidak suka untuk berada di pasar raya. Aku tidak suka suasana bising, sibuk dan bersenggol-senggolan di pasar raya. Tambahan pula di bulan Ramadan ini. Pasti pahala puasa akan berkurangan akibat melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya aku lihat. Hati pula pasti akan berdetik apabila melihat sesuatu yang janggal.

 Aku tidak suka untuk berada di sana.

Korang pernah pakai kasut ini. Kasut Badminton Master. Inilah kasut paling popular semasa aku di sekolah menengah dulu. Sekitar tahun 70an ......



Teringat cerita zaman kanak-kanak dulu, setiap kali awal Ramadan, aku dijanjikan dengan hadiah kasut raya atau baju raya jika dapat lengkapkan 30 hari puasa. So... aku pulun puasa, tidak mahu miss walaupun sehari kerana janji itu. 

Kasut Badminton Master inilah yang kerap aku terima sebagai hadiah raya. Kasut 2 dalam 1. Kasut ini sebagai kasut raya dan kasut ini jugalah yang aku pakai semasa ke sekolah.

Memakai kasut Badminton Master ketika hari raya amat mencabar kesabaran. Aku sering diejek dan disindir oleh rakan-rakan kerana hanya memakai kasut sekolah ketika berhari raya.
Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana aku sedar akan kekurangan hidup yang aku alami.

Pada pendapat aku, kasut adalah kasut. Semahal mana pun harga kasut itu , ia pasti akan memijak kotoran kerana kasut dipakai di kaki. Tidak ada siapa pun yang berani memakai kasut di kepala. Korang berani ?

Hi hi hi ...... 

No comments: