Hari ini cuaca panas. Sangat bagus untuk menjemur pakaian. Cepat kering.
Sesudah subuh, aku mula mengemas rumah dan mengemas pakaian. Esok nak balik kampung. Itu perancangan awal aku. Semoga Allah permudahkan urusan aku untuk balik kampung.
Setelah selesai mengemas, aku membantu isteri buat biskut raya. Proses penghasilan biskut raya kali ini berjalan lancar dan cepat. Suami, isteri dan anak bekerjasama menghasilkan juadah raya.
Isteri aku menggunakan peralatan baru yang dibelinya. Mengadun bahan dilakukan secara manual. Menerap adunan dengan acuan 4 dalam 1. Membakar biskut menggunakan oven besar. Satu adunan boleh menghasilkan 100 keping dan dibakar dalam dua tray serentak. Satu adunan sekali bakar sahaja dalam tempoh 40 minit dengan suhu 180 darjah.
Bermula dengan biskut kelapa, biskut mazola dan kuih makmor.
Mudahnya menghasilkan biskut pada zaman la ni. Keadaan ini berbeza dengan zaman 70an.
Aku masih ingat bagaimana seksanya memungut sabut kelapa , menjemur sabut ketika cuaca panas dan menyimpan sabut kelapa ditempat selamat. Sabut kelapa adalah bahan bakar utama untuk menghasilkan biskut raya.
Aku juga terpaksa mencari tin minyak tanah atau tin minyak masak untuk menghasilkan oven. D.I.Y oven. Tin minyak itu terpaksa dibelah dua. Sebahagian tin dileperkan sebagai penutup sementara sebahagian lagi sebagai tempat meletak tray kuih. Jari aku akan luka setiap kali menghasilkan oven ini.
Setiap kali emak nak buat biskut raya, kami adik beradik akan offer nak tolong emak. Tolong jaga api oven. Siapa yang dapat jawatan itu biasanya akan ponteng puasa dan berpeluang menjadi orang pertama merasa biskut tersebut. Ha ha ha ...
Pembakaran biskut yang pertama biasanya akan hangus dengan alasan tidak pandai nak kawal api. Sebenarnya, perkara ini disengajakan supaya tukang bakar dapat makan dulu. Ha ha ha ... helah yang logik. Emak aku memang sudah sedia maklum perangai anak-anaknya. So dia hanya letak 3 - 4 keping biskut sahaja dalam tray pertama untuk dijamah.
Ha ha ha ... biasanya mata akan bengkak setiap kali selesai membuat biskut. Hal ini disebabkan asap sabut yang tebal dan rasa gatal pada mata akibat debu pembakaran sabut.
Ho ho ho ... memang seronok pengalaman membuat biskut raya.

No comments: