Majlis Khatam Quran

Salam sejahtera.

Hari ini 1st of Julai. Hari Jumaat. Malam ni mungkin malam Lailatul Qadr ? Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam yang berlaku pada 10 malam yang terakhir bulan Ramadan.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Pada petang tadi telah berlangsung Majlis Khatam Quran & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada pelajar di tempat kerja aku. Segalanya berjalan lancar. Bermula dengan majlis khatam Quran, penyampaian sijil, penyampaian sumbangan aidilfitri dan majlis bermaaf-maafan antara pelajar dan guru.




Melihat muka-muka pelajar yang khatam Quran tersebut, mengingatkan aku kepada kenangan khatam quran yang pernah aku lalui. Peristiwa yang berlaku ketika berumur 15 tahun di majlis perkahwinan sepupu aku. Aku dipanggil secara adhock untuk menyertai majlis khatam quran itu. 

Sebenarnya aku berasa malu kerana aku tidak bersedia dari segi mental dan fizikal. Aku tidak sempat menghafal surah yang perlu dibaca dan aku terpaksa meminjam baju melayu orang lain untuk majlis tersebut. Bajunya besar dan mengelebeh. Rasa malu betul.

Peristiwa itu memberi kesedaran kepada aku tentang kemiskinan hidup. Meminjam baju orang lain kerana aku sendiri tidak punya baju melayu. Aku tidak mahu peristiwa itu berulang lagi. Aku tidak mahu hidup miskin. Aku perlu lakukan sesuatu untuk keluar dari kemiskinan itu. 

 Alhamdulillah ... kini aku mampu memiliki apa yang aku hajati.

Terima kasih Allah di atas segala nikmatMu. 

No comments: