Ini kes keempat yang aku temui sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini.
Budak ni memang sengaja mencari nahas.
Mohamad Aidil Ikhwan Mohd Rashid, 14 tahun, mengeluarkan belerang daripada 40 biji mercun bola lalu dimasukkan ke dalam tin dan membakarnya. Bagaimanapun, mercun itu tidak meletup lalu mangsa cuba menguis dengan kaki kanannya. Tiba-tiba, boommmm .... Mangsa kehilangan tiga jari kaki kanan dan retak tulang kaki.
Kejadian ini berlaku di Kampung Sireh , Kelantan pada jam 6.30 petang.
Sepanjang Ramadan yang lepas telah berlaku 3 kes letupan mercun yang mencederakan pelajar.
Kes pertama berlaku pada 9 Jun 2016 jam 6.30 petang di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Adam Haikal, 11 tahun, putus tiga jari tangan kanan akibat tidak sempat membaling mercun yang sudah dinyalakan.
Kes kedua berlaku di Kampung Tok Kah, Dungun pada 16 Jun 2016 jam 9.00 malam. Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah, 14, mengalami kecederaan di bahagian leher serta melecur di dada akibat terkena letupan mercun bola yang tidak sempat dilemparkan.
Kes ketiga berlaku pada 24 Jun 2016 di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Nik Rashidi Azman, 17 tahun, cedera tiga jari iaitu jari tengah, telunjuk dan manis sehingga nampak tulangnya akibat mercun bola yang dinyalakan meletup di tangan.
Apa sebenarnya yang remaja ini mahukan ? Mencipta sesuatu yang baru dan untuk menguji keupayaan diri mereka ?

No comments: