Salam,
Hari ini aku berasa kurang sihat lalu perjalanan balik kampung ditangguh.
Perut menjadi tidak selesa dan kepala juga terasa sakit , tentunya situasi ini tidak bagus untuk terus memandu.
Aku hanya berehat sepanjang hari. Tidak banyak perkara yang dapat dilakukan.
Ketika berehat tadi, aku sempat membaca berita tragedi yang meragut 7 nyawa. Sedih memikirkan nasib keluarga yang masih hidup. Aidilfitri yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan bertukar menjadi duka. Namun itu adalah suratan. Hidup mati kita adalah ketentuan Illahi.
Cuma , cara tragedi itu berlaku yang menimbulkan kemarahan. Kelalaian manusia lain meragut nyawa manusia lain.
Perayaan dan tragedi di jalan raya Malaysia seakan-akan sudah sinonim. Jika ada musim perayaan akan meningkatlah kemalangan jiwa dikalangan pengguna jalan raya. Akan adalah pelbagai Ops yang dijalankan. Hasilnya tetap sama.
Sikap pemandulah yang menjadi punca. Antara punca nahas jalan raya yang dikenalpasti ;
Memandu laju - Ada manusia yang tidak sabar untuk pulang kekampung. Memandu laju untuk sampai cepat.
Cuai ketika memandu - ada juga pemandu yang menggunakan henfon ketika memandu, makan atau minum ketika memandu atau terlebih mesra ketika memandu sehingga tidak fokus kepada pemanduan.
Memandu pada waktu malam - ramai yang suka memulakan perjalanan atau memandu pada waktu malam. Alasannya waktu malam lebih sejuk, segar dan tidak sibuk. Hakikatnya, pada waktu malam jarak pandangan terhad dan pemandu mudah terlena kerana badan yang letih. (Malam waktu untuk tidur dan rehat).
Oopsss ... aku nak berehat dan tidur kerana hari sudah malam. Esok subuh aku akan memandu. In sya Allah.
Was salam.

No comments: