Maut Ketika Subjek Pendidikan Jasmani.

Agak menakutkan.

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun maut ditimpa tiang gol bola baling di padang sekolah. Kejadian berlaku sewaktu subjek Pendidikan Jasmani dan mangsa sedang bermain bola bersama 11 rakannya.

Seorang rakan mangsa memberitahu, sempat melihat arwah cuba menjaringkan gol, namun terjatuh tertiarap di depan pintu gol kerana padang yang licin. Tiba-tiba tiang gol tumbang dan menghempap kepalanya.


Semasa membantu mangsa, pelajar tersebut sempat melihat  darah mengalir keluar melalui hidung serta telinga mangsa.


Berdasarkan gambar yang aku lihat, kaki tiang golnya sudah uzur, berkarat dan besinya mereput. So sudah tentu tiang besi tersebut tidak stabil dan mudah tumbang.

Sehubungan dengan itu, Pengarah Pendidikan Kelantan mengarahkan semua 592 sekolah di Kelantan mengeluarkan peralatan sukan dan perkakasan lain yang sudah uzur dan tidak selamat mulai hari ini.

Adoi ... kesianla kat cikgu PJ dan Pengetua sekolah yang terpaksa bersoaljawab dengan pihak atasan.


Kepada semua guru, berhati-hatilah ketika mengadakan aktiviti di luar atau di dalam kelas. Jangan tinggalkan pelajar tanpa pengawasan.

Malang tidak berbau.

No comments: